MAJLIS DAERAH TELUPID MAJLIS DAERAH TELUPID




VISI, MISI DAN OBJEKTIF JABATAN


Dalam mentadbir Daerah Telupid, Majlis Daerah Telupid telah menetapkan VISI ‘Menjadikan Pekan Telupid sebuah pekan yang membangun, progresif dan menjana hasil 1 Juta dalam tempoh 10 tahun.

Bagi mencapai visi tersebut, terdapat misi yang dirangka iaitu yang pertama adalah menuju ke arah pembaikan dan kemajuan melalui infrastruktur dan pembangunan. Yang kedua adalah melaksanakan bidang pentadbiran secara konsisten. Yang ketiga adalah mengutip hasil percukaian dari cukai pintu dan cukai ses tanah. Yang keempat adalah cuba mewujudkan bandar dalam taman yang terpelihara. Yang terakhir adalah menyediakan kemudahan infrastruktur kepada penduduk setempat agar dapat dimanfaatkan dan kondusif serta sistematik.

Objektif Majlis Daerah Telupid adalah :
a)Mempertingkatkan mutu kehidupan melalui perkhidmatan dan kemudahan perbandaran yang terbaik dan berkualiti.
b)Menggalakkan pembangunan sosial, fizikal, ekonomi dan pembangunan kegunaan tanah secara teratur, cekap dan ekonomikal.
c)Menyediakan dan melaksanakan kemudahan infrastruktur, serta menyelenggara ke tahap yang sempurna.
d)Menentukan pengurusan dan pentadbiran jabatan-jabatan Majlis berjalan dengan bersih, cekap, berkesan dan sistematik.
e)Mewujudkan perhubungan yang baik di antara jabatan-jabatan, agensi-agensi yang terlibat dengan hal-hal urusan Majlis.
f)Meningkatkan tahap peranan Majlis kearah satu peranan yang lebih aktif dalam penyediaan projek-projek infrastruktur yang berkualiti, kemudahan awam yang menarik dan kawasan rekreasi yang indah.
g)Menjadikan Majlis sebagai penggerak utama pembangunan sosio-ekonomi dan sosio-budaya ke arah peningkatan kualiti hidup rakyat dan membasmi kemisikinan.